Gambaran umum Adult_Swim

Blok ini mempamerkan animasi dan pertunjukan aksi semasa sama ada ia daripada produksi saluran itu sendiri, siri sindikasi sedia ada (misalnya American Dad!, Family Guy dan Bob's Burgers milik Fox), filem pendek, animasi video asal serta siri anime, tanpa atau kurang penapisan. Slot ini sendirinya mempunyai kontrak dengan pelbagai studio yang dikenali untuk produksi mereka dalam komedi aneh dan spontan.[2] Ciri program-program yang dihasilkan untuk slot ini dan disiarkan pada saluran yang diketahui sesuai untuk semua lapisan umum kadangkala menjadi suatu perkara terlalu berkontroversi dan provokatif, namun ada yang melihat pendekatan ini yang mempersoalkan norma masyarakat umum melalui gaya produksi ia sangat dialu-alukan.

Seperti Cartoon Network, jangkauan Adult Swim melalui pelbagai perkhidmatan berjumlah 94 juta isi rumah Amerika.[3]